Wednesday, May 19, 2010

happy teacher's day

Sajak buat teman seperjuangan

kaulah guru
kaulah ibu dan bapa yang hebat
setia membimbit buku ke sekolah
dengan semangat waja

Jika lewat 2 minit tiba
pasti menjadi agenda
tetapi pulangnya jam 3
mesyuarat katanya,
sehingga anak kita tidak ke bangku sekolah agama
tidak mengapa, kami menurut perintah

Setiap Sabtu
mama nak ke mana?
kelas tambahan, gotong royong , lepas tu mesyuarat
sayang di rumah sarapan bersama papa.
Itulah guru yang sering mendahulukan kerjaya
daripada libur keluarganya
derita hatinya siapa yang tahu

Guru di alaf baru serba keliru
jika dijentik, bapa datang mengherdik
jika dimarah, pasti ibu melatah
jika dipukul penjaga menegur
jika dibiarkan... keterlaluan.
akhirnya guru hilang pedoman

lalu,
bila murid gagal
gurulah puncanya.
bila murid cemerlang,
oh, anakku tuisyen di temapat ternama

tiada ucapan thaniah, mahupun cenderadurja
tanda terima kasih.
Itulah guru,
keringatnya yang tumpah
tidak pernah meminta balasan
luhur hatinya, tuhan yang tahu

Siapalah kita hendak bersuara
tingkatkan p&p berkualiti
laporan dan data mesti di isi
relief guru cuti, siapa nak ganti
kelas tambahan jangan dilupa

tika insan lain diulit mimpi
guru tua ini tersenggut menanda buku muridnya
jam satu, belum selesai lagi

Ayuh, di mana penghargaan dan ucapan?
terima kasih guru.
bahawa sebenarnya kita,yang harus memartabatkan
profession ini
agar tidak lagi diinjak dengan kata nista yang tidak berfakta

Sebenarnya, kitalah yang mencipta sejarah
bukan berpeluk tubuh seperti yang dikata
Selamat hari guru buat rakan seperjuangan
teruskan tekad mendidik anak bangsa.


16 mei 2010


No comments:

Post a Comment