Friday, December 16, 2011

happy birthday

happy birthday to me. hadiah yang istimewa daripada puan Ipong. teima kasih kerana bersusah payah mengingatii saya. mudah-mudahan saya ada peluang untuk membalasnya.
seronok dapat ucapan daripada rakan dan murid-murid. ya, mereka masih mengingati saya.
sempena harijadi.. saya dapat anugerah kesihatan yang kurang baik. kena makan ubat secara tetap. so..kena jaga kesihatan dan berdiet supaya kekal cergas dan sihat.
ya allah berikanlah kami kesihatan yang baik supaya dapat ku bertakwa kepadamu. tabahkan hatiku menempuh ujianmu dan murahkan rezekiku. Ya allah kau lindungilah anak-anakku walau di mana sahaja merekaberada, kerana saya sangat menyayngi mereka.

Friday, August 27, 2010

ladang orkid



Tak sangka, cuti nuzul quran dapat luangkan masa melawat di ladang orkid di sungai kelambu. wau... teruja . banyak sangat bunga orkid yang beranika warna dan jenis . semuanya cantik dan berkembang mekar.
Selama ini aku tak tau di tempat sendiri pun ada...susah-susah pergi jauh ke tempat lain. Apa lagi ambil kesempatan membeli beberapa pokok untuk koleksi hari raya. Puas dapat membeli koleksi orkid yang berbagai.
Wahai orkid-orkidku.. kau tumbuhlah subur dan berkembanglah selalu, agar hatiku terhibur. melihat kuntumanmu yang indahmerupakan satu kepuasan
.
Terima kasih dad and ica.

Saturday, June 12, 2010

Suatu petang di pantai kelanang...





















Indah nian pantai Kelanang
tempat riadah di waktu petang
hati nan resah kembali tenang
melihat laut luas terbentang

ombak bergulung memukul pantai
terpukau hati melihat gelombang
alam nan indah begitu damai
saujana memandang hatiku girang

nun di sana kapal belayar
menuju destinasi entah ke mana
ombak dan laut banyak mengajar
tabah dan sabar kunci bahagia

melihat anak riang berenang
menyusun pasir jadi istana
jangan hiraukan ombak dan gelombang
jadikan semangat mengejar cita

Tuesday, May 25, 2010

tak seindah impian

hari ini banyak kejutan. apa yang dirancang tak menjadi kenyataan. lan pula jadinya.
bibik yang seharusnya tiba, tak dapat datang. kenapa ya,susah benar nak buat temuanji dngn mereka. jadinya kami terus menunggu.
parcel yang kami jangka tiba dari london pun tergendala. tak sangka pula kena bayar cukai yang tinggi. akirnya, dua perkara penting ini menimbulkan masalah. terpaksa berkejar untuk menguruskannya.

tak semua impian itu indah seperti yang dirancang. ia perlukan kesabaran dan kekuatan semangat.
bye.
hari ni cuti...

Thursday, May 20, 2010

sayang emak



baru balik tengok emak. kasihan derita hatinya dak tak tertanggung. 7 tahun terlantar benar-benar menguji ketabahannya. susah juga bila bibik balik kampung, kelam kabut jadinya. namun kasih sayangku padamu tak pernah pudar.

Semoga emak tetap kuat dan tabah menempuh ujian ini. percayalah anak-anakmu akan sentiasa prihatin menjagamu, meskipun anak-anakmu sibuk dengan kerjaya dan rumahtangga masing-masing.

Emak, aku ingin tabah sepertimu. tapi taulah. kadang-kadang hatiku mudah tergores.
Semoga bibik cepat pulang. dapatku menyiapkan tugasan yang lain. bayangkan jika bibik tidak ada.
Semua urusan rumahtangga tidak dapat dibereskan. Sayangnya sesetengah orang ti dak tahu menghargai penat lelah dan pengorbanan bibik

Apakata kita anugerahkan HARI BIBIK.

sayang,
anakmu.

Wednesday, May 19, 2010

happy teacher's day

Sajak buat teman seperjuangan

kaulah guru
kaulah ibu dan bapa yang hebat
setia membimbit buku ke sekolah
dengan semangat waja

Jika lewat 2 minit tiba
pasti menjadi agenda
tetapi pulangnya jam 3
mesyuarat katanya,
sehingga anak kita tidak ke bangku sekolah agama
tidak mengapa, kami menurut perintah

Setiap Sabtu
mama nak ke mana?
kelas tambahan, gotong royong , lepas tu mesyuarat
sayang di rumah sarapan bersama papa.
Itulah guru yang sering mendahulukan kerjaya
daripada libur keluarganya
derita hatinya siapa yang tahu

Guru di alaf baru serba keliru
jika dijentik, bapa datang mengherdik
jika dimarah, pasti ibu melatah
jika dipukul penjaga menegur
jika dibiarkan... keterlaluan.
akhirnya guru hilang pedoman

lalu,
bila murid gagal
gurulah puncanya.
bila murid cemerlang,
oh, anakku tuisyen di temapat ternama

tiada ucapan thaniah, mahupun cenderadurja
tanda terima kasih.
Itulah guru,
keringatnya yang tumpah
tidak pernah meminta balasan
luhur hatinya, tuhan yang tahu

Siapalah kita hendak bersuara
tingkatkan p&p berkualiti
laporan dan data mesti di isi
relief guru cuti, siapa nak ganti
kelas tambahan jangan dilupa

tika insan lain diulit mimpi
guru tua ini tersenggut menanda buku muridnya
jam satu, belum selesai lagi

Ayuh, di mana penghargaan dan ucapan?
terima kasih guru.
bahawa sebenarnya kita,yang harus memartabatkan
profession ini
agar tidak lagi diinjak dengan kata nista yang tidak berfakta

Sebenarnya, kitalah yang mencipta sejarah
bukan berpeluk tubuh seperti yang dikata
Selamat hari guru buat rakan seperjuangan
teruskan tekad mendidik anak bangsa.


16 mei 2010


Sunday, February 14, 2010

crystal

this is my collection crystal at my house..